Wednesday, April 13, 2011

TANDA KIAMAT - ILMU AGAMA BERANSUR HILANG...





Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan tentang ilmu akan hilang dari atas muka bumi ini. Saya merujuk buku 40 Hadis Tanda Kiamat tulisan oleh Syeikh Banjari.

Sabda Rasulullah s.a.w:

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي االله عنهما يقول : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقولُ : إن الله لا يقبضُ العلمَ انتِزاعاً ينزعُهُ من الناسِ ولكن يقبِضُ العِلم بقبضِ العُلم حتى إذا لم يترُكْ عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسُئِلوا فأفتَوا بغير علم, فضلوا واضلوا -مسلم

Daripada Abdullah bin 'Amru fin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama'. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, dan apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain - (Riwayat Muslim)

Pengajaran Hadis :
  • Ilmu akan terhakis dari atas muka bumi dengan cara dimatikan para alim ulama; ataupun ulama itu dimatikan fungsinya, seperti digam, atau ditarik balik tauliah mengajarnya; atau memang ada orang yang mahu menyekat fungsi alim ulama.
  • Rasulullah s.a.w juga memberi amaran tentang golongan yang jahil yang akan mengambil tempat alim ulama setelah peranan mereka dimatikan, mereka adalah pemimpin yang tidak sedar akan kejahilan mereka sendiri. Sifat pemimpin ini ialah, mereka itu sesat, malah mereka juga menyesatkan orang lain.

Sekadar untuk pemerhatian setiap mereka yang subur dan segar jiwanya. -ustazshukriharun.blogspot.com

Sunday, April 10, 2011

MENGAPA MESTI BERPOLITIK?

hmmm....aku pun pening nak hurai sal bnde ni.. sbb,mmg susah nk pahamkan org yg tak paham sal kepentingan politik ni... tambahan pulak pd zaman yg mencabar cam skang ni... dimana org boleh mmperlihatkan ssuatu yg haq sbg batil, dn yg batil sbg haq dgn kata2 dan ayat2 yg manis....tp, apa yg aku lontarkan ni adlh dr persepsi mngapa aku mnjadi PEMBANGKANG kpd kerajaan...dan lebih2 khusus lagi, golongan2 yg belajar dn mendalami ilmu islam....

pertama skali, knapa mesti berpolitik?
sbb..ini je cara utk kita perbaiki keadaan hari ini bg mnjamin kehidupan yg lbih baik utk generasi kita yg akan datang. dn kerana sistem pentadbiran tlah berubah kpd sitem demokrasi dn kita terpaksa mngikut flow jika ingin mlakukan perubahan.

tak cukup ke dgn kerajaan yg ada?
tak cukup! sbb, jika kita jnis yg suka melihat dn mengkaji apa yg berlaku hari ini, spt rasuah, masalah sosial, buang bayi, rogol, rompak, samun, ragut dn masalah2 yg lain smuana krn kegagalan sistem yg diamalkan oleh kerajaan hari ini. maka, untuk mngubah kerajaan yg ada, kita kne berkecimpung ddlm politik.

knp kne berpolitik utk mengubah kerajaan? mngapa tak brikan cadangan atau nasihat?
sbb kerajaan yg ada pd hari ini, jenis yg tak boleh ditegur langsung! nasihat agama langsung tdk diterima pakai. telah bnyak berlaku sejak pasca merdeka lagi, golongan2 ulama yg mnegur kerajaan tlah beralih arah kpd PAS utk berjuang bagi mndapatkan kuasa dn merubah sistem yg ada, kpd sistem yg islamik. ini smua krn apa yg disarankan ulama kpd kerajaan, langsung tdk diterima pakai. dan hasilnya adalah kebejatan sosial dn jenayah yg smakin mmbarah...
dn sememangnya kerajaan tdk menghormati pesanan dn saranan ulama. pastinya kita takkan pernah lupa isu antara ratu cantik, mufti selangor dan mahathir. dn kita juga takkan pernah lupa bagaimana kerajaan mngabaikan fatwa mufti tentang tugu negara. bnyk isu agama yg boleh dibangkitkan sbnrnya yg mnjadi sebab para ulama dan ahli agama bersama2 mndukung perjuangan PAS.
dan mungkin rmai yg tdk tahu betapa teruknya ulama dn ustaz dilayan ddlm parlimen dan sidang dun. YB2 yg mngaku islam sendiri yg mmperlakukan YB2 ustaz dn ulama ini dgn keadaan yg sgt hina, seolah2 mrekalah sbnrnya yg mnjadi musuh kpd islam.

mengapa berpolitik ddlm laman2 sosial spt FB sedangkan ia tdk merubah apa2? ibarat cerita di kedai kopi?
salah pendapat cmni! sbb, stiap apa yg kita lontarkan bisa merubah persepsi org lain terhadap ssuatu. dn mungkin kita boleh mmberikan info yg mrk tdk akan dpt drpd media2 pro kerajaan. bila persepsi berubah, maka kita boleh merubah kerajaan yg ada pada pilihanraya krn kita tlah mngubah persepsi pengundi. krn yg bisa merubah kerajaan yg tak bleh trima teguran..lbih2 lg tguran ulama...hnyalah dgn mnjatuhkannya dgn UNDI.

kenapa berpolitik,tapi kerjanya caci maki?
caci maki yg bagaimana? caci maki ada yg dibolehkan atas bbrapa sebab, spt yg dterangkan ddlm ayat 148, surah al ma'idah. "ALLAH TDK MNYUKAI PERKATAAN BURUK (YG DIUCAPKAN) SECARA TERUS TERANG KECUALI OLEH ORG2 YG DIZALIMI. DAN SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI". actually, smua kata PAS atau pembangkang kerjanya mencaci maki kerajaan sdangkan tiada bukti yg dikemukakan. dn jika yg kje caci maki itu bukn drpd pucuk pimpinan, maka tidaklah sepatutnya kerja caci maki dilabel ke atas ssbuah parti. krn kita mngambil ketua sbg ikutan dn contoh, bukan pengikut2nya. spt rasulullah, kita mngikut rasulullah, ttapi umat islam yg berperangai hodoh tdklah mnjadi ikutan dn mnjadi label kpd keseluruhan islam itu. yg penting, kita melihat kpd apa yg dibawa oleh PUCUK PIMPINAN. sukar utk difahami jk anda seorang yg sgt jahil.

adakah pembangkang,khususnya PAS org2 yg dizalimi?
ya! telah ramai mrk2 yg ddlm PAS telah dizalimi dbwh akta ISA,keselamatan dlm negeri. suatu akta yg menagkap dn mmenjarakan tanpa dibuktikan bersalah yg jelas2 sekali bertentangan dgn ajaran islam. selain drpd itu, bnyak isu2 spt penipuan dn rasuah yg jelas merugikan rakyat seluruhnya. dn yg paling penting sekali, kerajaan yg ada telah menafikan hak umat islam utk mnegakkan undang2 yg telah ditetapkan oleh allah.
isu royalti, perobohan masjid di terengganu, dan penafian hak2 rakyat yg lain juga mnjadi contoh kezaliman yg sepatutnya ditentang. dn yg lebih utama lagi, kezaliman ke atas islam itu sendiri yg seharusnya ditentang.

adakah pembangkang mmbangkang mmbabi buta?
tdk! pembangkang berhujah dgn fakta.  sbg contoh, isu royalti kelantan. mngapa kerajaan berkeras utk mnafikan hak kelantan utk mndapat royalti minyak? jk kita susuli isu yg sm ketika PAS mmerintah terengganu dahulu, hak royalti juga dinafikan kpd kerajaan PAS terengganu. ttapi, ianya dikembalikan smula apabila BN mengambil alih pentadbiran terengganu. bukankah ini juga suatu contoh kezaliman yg seharusnya ditentang?

apakah sbb2 utama utk menentang kerajaan yg ada?
spt yg kita sdia maklum, stiap negara yg pernah dijajah,dn dimerdekakan oleh british, trutamanya negara islam, mrk akan merdekakan ngara2 tersebut dgn bersebab. Palestin sbg cntoh, terpaksa mmberikan ruang utk israel. turki, penghapusan sistem khilafah,atau khalifah. mesir, penafian undang2 islam. so, penjajahan ke atas tanah melayu pun bersebab...dn mmberikan kemerdekaan pun dgn sebab...
maka krn itu kita mlihat, kbnyakan penentang2 penjajah adalah terdiri drpd alim ulama...krn apa??? krn ada bersangkutan dgn penjajahan ke atas tanah org islam.. dan..mrk2 yg dilantik utk mmerintah setelah mrdeka,adalh mrk2 yg boleh mneruskan fahaman penjajah.

adakah kita tdk bersyukur dgn kemerdekaan?
ya! kita bersyukur. maka krn itulah kita mahukan sebuah negara yg semula mndaulatkan agama allah..seperti yg tertulis pada batu bersurat di terengganu...

adakah negara kita tdk cukup islamik?
mmg tak cukup! sbb, menegakkan syariat islam adlah wajib jika yg mmerintah itu bragama islam. krn, hnya dengan syariat islam shj yg mnjamin keselamatan,keharmonian dn kejayaan ddlm negara. dn, dgn tertegaknya syariat ini, maka kita mmpu mngulangi kegemilangan umat yg terdahulu...dn mmg tdk mustahil utk kita mnjadi kuasa besar dunia!
selain drpd itu, sistem yg telah bercampur aduk dgn sistem barat inilah yg mnyebabbkan keruntuhan moral dan akidah semakin menjadi2 dlm negara kita.
dan, krn sistem pentadbiran dn undang2 yg tdk islamik inilah yg mnghancurkan generasi kita. hancur dgn segala masalh sosial yg sgt2 mmbarah dlm masyarakat sehingga perbuatan zina hari ini tdk lagi dianggap sbg asing di kalangan pemuda dn pmudi...

mngapa perlu parti politik, sedangkan nabi takde pun parti politik?
sistem kita adalh berlainan dgn sistem di zaman rasulullah dn khilafah. pertama skali, kita kne faham bhw sistem kita adlh demokrasi. pmimpin dipilih melalui undi majoroti. bnyk undi,dialah yg menang. ttapi berbeza dgn khilafah. mrk dipilih dgn majlis syura. maka krn itu, jgn disalahkan akan ustaz2..alim ulama...tuan2 guru turut mnceburkan diri dlm politik.krn dgn kuasa majority shj yg bleh mntadbir kerajaan. dgn peralihan kuasa inilah br blh kita gubal undang2 yg ada kpd undang2 islam...dn mengembalikan pentadbiran mngikut syariat...

tapi PAS skarang berkerjasama dgn DAP...
betul..tp,apa kata kalau smua mrk2 yg bragama islam dlm malaysia ni mnyertai PAS, bukankah lbih mudah kita mncapai majority dn melaksanakan pentadbiran mngikut syariat..? umno, majoritynya melayu islam.. mngapa tak mahu masuk dlm perjuangn mnegakkan islam...? dan isu PAS bersama DAP, boleh dipanjangkan lagi upon requests...

kesimpulan
politik, mahu atau tdk, kita mesti ceburi. smuanya atas satu sebab, iaitu, mengembalikan pemerintahan kpd pemerintahan mngikut syariat islam yg pasti mnjamin kehidupan yg lebih baik.... 
politik bg seorang islam adlh ibadah. dn ianya tak dapat dipisahkan dgn agama. dn, sbnrnya, jika kita tdk mngubah senario politik hari ini kpd politik islam,maka kehancuran umat akan terus berlaku tnpa penghujung. dan nnti, jgn mnyesal bila anak2 generasi kita nnti mnjadi penzina tegar...dan anak2 gadis kita hnya mnjadi tmpat pemuas nafsu...dek kerana kita tdk mahu mngembalikan hak pemerintahan itu kpd islam yg sebenar...
ubah sebelum BARAH...

Tuesday, April 5, 2011

SULTAN MUHAMMAD AL FATEH


HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”(Hadis riwayat Imam Ahmad)
_________________________________________________________ 
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.  
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
                                                       
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
                                       
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.


Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin   menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Monday, April 4, 2011

Pabila ulama' dicabar..

Pada suatu ketika,  kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri.  Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan keTuhanan.  Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya.  Setiap kali cabarannya disahut,  hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. 

Dari kejadiannya ini,  tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain,  kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri.  Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari,  seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.

            
Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan.  Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad.  Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.  Masing-masing menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan. 

"Subhanallah. ... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim....!"  Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.  Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam.  Ini kes berat!  Hatinya cukup pedih.  Roh ketauhidannya bergelora.  Mahu rasanya
dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam majlis iru.

Keesokannya,  pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya.  Namanya yang sebenar ialah Nu' man,  yang ketika itu usiannya masih lagi remaja.  Bila ternampak keadaan gurunya itu,  Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.

Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.  Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi,  lalu dikhabarkan kepada muridnya itu.  Abu
Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.

"...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya.Tiba- tiba,  di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu.  Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."

Hammad termenung seketika.  Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting.

Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:

" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri.   Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya,  sebelum menyampaikan dakyahnya,  Dahri akan mencabar dan memperleceh- lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya! " Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

" Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku... Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...! " Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

" Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."  Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud: " Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu beberapa darjat."  (Al-Mujadalah : 11 )
.
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.

"Benarkah Allah itu wujud?,"  soal Dahri memulakan majlis dialognya. 

"Bahkan Allah memang wujud,"  tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud),  di manakah tempatnya..? ?" Suara Dahri semakin meninggi.

"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!"   jelas Abu Hanifah.

"Hairan,  kau kata Allah itu wujud,  tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri.  Cuba kau lihat pada dirimu sendiri.  Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..."   Abu Hanifah mula berhujah.  Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

"Bahkan,  memang aku ada nyawa,  dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!"   sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...?  Dikepalakah,  diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?"   Terserentak Dahri seketika.  Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri.  Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri,  seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini
ada terkandung lemak...?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya,  bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...?  Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah.. .?"   Sekali lagi Dahri terserentak,  tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.  "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya,  masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini?  Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh
dan akal dangkal kita ini,  pun ciptaan-Nya,  yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha ! Agung...!"   Suasana menjadi agak bingar. 

Dahri terpaku di kerusi.  Terbungkam lidahnya.  Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai.  Bila keadaan agak reda,  Dahri membentangkan soalan.
"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah.  Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..."  Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah,  murid Imam Hammad yang pintar ini.

"Wahai Dahri!  Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali.  Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir",  tegas Abu Hanifah,  ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia  pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?"   Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan,  "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu
sendiri.  Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu.  Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?"   Sambil menuding ibu jarinya ke langit. 

Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian.  "Dan pada jari manis kau itu,  ada
lagikah jari yang selepasnya.. ."   Dahri membelek-belek jarinya.  Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...!  Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir,  apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya. "

Sekali lagi Dahri tercenggang.  Bungkam.  Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya.  Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea.  Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum.  Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!"  Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

"Allah itu ada, kata mu.  Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

"Ini soalan yang sungguh menarik.  Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,"   Katanya.  Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

"Wahai sekelian manusia.  Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar.  Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai.  Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.  Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat.  Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.
  
 
 "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A'lamin."

Saturday, April 2, 2011

untaian nasihat utk wanita...dari facebook ke blogspot..

Lepas solat subuh tadi...malas pulak nk tdo smula. mngadap tnyalah ustaz@TV9 sambil2 update facebook. pagi2 ni ntah knapa nk posting sal prempuan n cple. sbb, slalu dlm kpla ni fikir cmmana nk selamatkan prempuan drpd terus ternoda n jd mngsa kpd nafsu2 llaki. tp...kata nk selamatkan tu..mungkin tak ssuai sgt. sbb,yg bleh slamatkan diri mrk adlh diri mrk sendiri. aku cuma mmpu mlahirkan untai2n kata n kata2 nasihat bersadarkan pengamatan dn pengalaman. tp..kbnyakan kata2 yg aku postkan kat Fb, adlh utk difikir2kan. dan sbenarnya...klu kita jnis yg suka mengamati...suka berfikir akan stiap bnde yg kita pandang,kita akan dpati,stiap yg berlaku itu ada ilmu2 yg kita tak sedar disebaliknya...

berikut, adalah untaian2 kata yg diambil drpd posting facebook aku sendiri...utk kita..trutamanya gadis2 agr lbih mnghargai diri dn kehormatan diri....



perempuan ni...kbnyakannya mmg suke eh cinte2...pastu,serah body..kononnya dmi cinte...yg pastu selalunya,kene tinggal...atau pun korang sendiri yg pergi tinggalkan jantan yg dh dpt tubuh korang 4 fre2 tu.. maka,mncintai diri sendiri tu lbih2 mulia drpd cinta yg tah hape2 tu...




serah body tu buknlah nilai cinta sejati..
tp..,bukti iman tak cukup kuat di hati...
sm2lah muhasabah dn perbaiki diri..
smoga tak menyesal d kmudian hari...


buktikan cinta bukan dgn serahan body kpd si llaki...
tttapi,dicabar llaki agar segera mnikahi empunya body....
spya mmasing mndapt restu ilahi....
bukn dgn mnempah sengsara di akhirat nnti...


wanita...jagalah diri...
llaki...perelokkanlah pribadi...
sm2 lah mnjaga maruah agama dn diri sendri...
nasihat mnasihati smentara kita smua msih belum "pergi"....
mungkin mmasing antara kita agk lupa akn kmudian hari...
sbb kita ni sllu suruh org jg tpi kain sendiri dn jgn bz body...
sdangkan itulah sbnrnya tman kita yg sejati...




aku tau yg cinta seorang wanita sgt2 lah tulus dn suci...
tp..bukn beerti kita kne buktikan dgn mnyerahkan tubuh kat llaki...
mmg slalunya llaki jnis cmni,bila dh dpt,dia mst akan pergi...
sbb..prinsip mrk,"dh xde dara,buat ape nk jdikan bini?"
so,mngapa perlu mmperbodohkan diri sendiri...?




wahai jelita...
jgn gadaikan sgala2nya krn cinta...
sbb..bila dh ternoda...brulah kita kn sedar betapa jahatnya cinta...
tp...mmg tak salah untuk kita mncinta....
asalkan cinta kpd allah itu,mlebihi sgala2nya....




llaki ni lemah sgt dgn prempuan.. prempuan plak skang ni suka pakai ketat2 n sendat2.. lagi lah buat llaki lemah...tp,klemahan spt inilah yg buatkn llaki smakin kuat... kuat utk mngikut khendak nafsu..kuat utk mlwn iman..kuat utk menodai..kuat utk mngulangi..dn akhirnya..kuat untk mncari mangsa2 nafsu yg baru...


kbnyakan prempuan terjebak dgn gejala songsang lesbian krn kecewa dgn llaki jnis "habis madu,sepah dbuang". mngapa jadi bodoh..? prmpuan skang ni rmai.. tp,llaki ttp nk cari yg suci utk djadikan istri. so,korang plihara je diri. clash bnyak kali pun xpe...sbb satu hri nnti,mst ade llaki yg akn jdikan korng sbg istri... yg penting,jgn jd bodoh krn llaki...sbb dara itu cuma sekali...maka,hargai...



brcinta tak berpandukan agama...sbb tu sblum kwin kne dduk renggang2...pas kwin br la trasa nikmatnya...sbb bhagia ni bukn kita yg tntukan..tp allah. sbb yg mmbolak balikkan hati ni pun krja allah.
dn kdng,keberantakan rumahtangga ada hubungkaitnya dgn apa yg kita lakukan ms zaman bercintan cintun...
klu org yg kata mrk briman pun allah uji..takkan lah org yg berkata jnji shidup semati tdk teruji??? ^____________^




kemuliaan buat wanita 

al quran, 4:19 - "dan bergaullah dgn mrk dgn cara yg baik. jk kamu tdk mnyukai mrk,(maka bersabarlah) krn boleh jadi kamu mmbenci ssuatu,padahal allah mnjadikan kbaikan yg banyak padanya"....
so...just smile.. ^____^

Thursday, March 31, 2011

John juga berbicara akan kedatangan Nabi akhir zaman...

"TETAPI SANG PEMIMPIN, IAITU 'ROH KUDUS' YANG AKAN DIUTUS OLEH BAPA(ALLAH) ATAS NAMAKU, DIALAH YANG AKAN MENGAJARKAN SEGALA PERKARA KEPADAMU DAN AKAN MENGINGATKAN KAMU AKAN SEMUA YANG TELAH KUKATAKAN KEPADAMU" -JOHN 14:26

" SAUDARA-SAUDARAKU YANG TERSAYANG, JANGANLAH PERCAYA PADA SETIAP ROH. TETAPI UJILAH ROH-ROH ITU ADAKAH MEREKA DATANG DARIPADA TUHAN(ALLAH). KERANA BANYAK NABI-NABI PALSU YANG TELAH MUNCUL DI SELURUH DUNIA" - 1JOHN 4:1

" DEMIKIANLAH KITA MENGENAL ROH TUHAN(ALLAH); SETIAP ROH YANG MENGAKU, BAHAWA JESUS CHRIST TELAH DATANG SEBAGAI MANUSIA, MANUSIA ITU ADALAH ROH YANG DATANG DARIPADA TUHAN(ALLAH)" - 1JOHN 4:2

Kita mulakan pembuktian kita dengan menukarkan perkataan ROH KUDUS kepada NABI SUCI...dan perkataan ROH kepada NABI...

Jika kita menukarkan perkataan2 diatas, kita akan mendapati,JOHN juga membicarakan tentang ramalan kehadiran nabi akhir zaman...ataupun...kehadiran seorang nabi selepas Jesus... dan nabi itu adalah Muhammad S.A.W....

Perkataan "ROH KUDUS" adalah diambil daripada bahasa yg paling dekat dgn bahasa asal bible. ianya diambil daripada bahasa yunani iaitu PARACLETOS yang telah ditafsirkan dgn kata lainnya sebagai COMFORTER,PEMIMPIN ataupun PENGHIBUR. Sedangkan, didalam JOHN, kata PARACLETOS ini adalah ROH KUDUS.

Tetapi ingat! Paracletos ini juga adalah tafsiran daripada bahasa asal kepada bahasa Yunani atau Greek. Dan kata Paracletos ini kemudiannya ditafsirkan lagi sebagai comforter, pemimpin, penghibur. Tetapi, didalam JOHN ini,ia ditafsir sebagai HOLY SPIRIT...dan ditafsir lagi ke bahasa melayu yg beerti ROH KUDUS.

Dan kini, apabila kata ROH KUDUS ini ditukar kepada NABI SUCI,jika dirujuk kepada agama islam,ia adalah merujuk kepada nabi MUHAMMAD S.A.W.....

perhatikan,apa yang akan kita fahami apabila perkataan2 tersebut ditukar...


"TETAPI SANG PEMIMPIN, IAITU 'NABI SUCI' YANG AKAN DIUTUS OLEH BAPA(ALLAH) ATAS NAMAKU, DIALAH YANG AKAN MENGAJARKAN SEGALA PERKARA KEPADAMU DAN AKAN MENGINGATKAN KAMU AKAN SEMUA YANG TELAH KUKATAKAN KEPADAMU" -JOHN 14:26

" SAUDARA-SAUDARAKU YANG TERSAYANG, JANGANLAH PERCAYA PADA SETIAP NABI. TETAPI UJILAH NABI-NABI ITU ADAKAH MEREKA DATANG DARIPADA TUHAN(ALLAH). KERANA BANYAK NABI-NABI PALSU YANG TELAH MUNCUL DI SELURUH DUNIA" - 1JOHN 4:1

" DEMIKIANLAH KITA MENGENAL NABI TUHAN(ALLAH); SETIAP NABI YANG MENGAKU, BAHAWA JESUS CHRIST TELAH DATANG SEBAGAI MANUSIA, MANUSIA ITU ADALAH ROH YANG DATANG DARIPADA TUHAN(ALLAH)" - 1JOHN 4:2


Dan kemudian,kita bandingkan pula dengan kata2 mengenai JESUS didalam al quran...


Nama JESUS disebut didalam al quran, lebih dari 25 kali....dan beliau disebut sebagai...
1-JESUS IBNU MARYAM ( ISA IBNU MARYAM)
2- AS-SAALIIHIIN (ORANG YANG SOLEH)
3-KALIMATULLAH (KALIMAH ALLAH)
4- RUHULLAH (ROH ALLAH)
5- MASIHULLAH (PENGUTUS ALLAH)


Hujah bahawa akan diutuskan seorang nabi selepas jesus dikuatkan dengan ayat JOHN 14:16 iaitu " AKU AKAN MEMINTA KEPADA BAPA, DAN IA AKAN MEMBERIKAN KEPADAMU SEORANG PENOLONG YANG LAIN, YANG TAK AKAN MENINGGALKAN KAMU"

Yang boleh kita fahami sebagai... "(JESUS BERKATA) AKU AKAN MEMINTA KEPADA BAPA (ALLAH), DAN IA AKAN MEMBERIKAN KEPADAMU SEORANG PENOLONG(UTUSAN,NABI) YANG LAIN, YANG TAK AKAN MENINGGALKAN KAMU(SELAMA-LAMANYA)"

Apa pula yg kita boleh fahami daripada perkataan "YANG TAK AKAN MENINGGALKAN KAMU"?
Ia merujuk kepada rasulullah, MUHAMMAD S.A.W yg mewariskan kitab al quran dan hadis2nya, yang menjadi petunjuk dan releven sehingga akhir zaman.....

Di sini juga dapat kita simpulkan bahawa, betapa benarnya janji allah akan memelihara al quran yg buktinya sehingga hari ini, naskah asal al quran didalam bahasa arab yg masih kekal sehingga ke hari ini masih lagi tersimpan rapi.....

Bersyukurlah hendaknya kita ke hadrat ALLAH S.W.T kerana telah mngekalkan kita didalam keimanan dan agama yang benar.....



Thursday, March 24, 2011

Wajah-Wajah Penyejuk Hati...Penenang Jiwa...

terkenang kepada wajah2 yg sgt sinonim dgn forum perdana ehwal islam dn pnyebaran kbenaran islam...

Dr Haron Din... Ust Shamsuri... Ust Azhar Idrus... Dr Hassan Ali.. Dr Badrul Amin... Ust Tuan Ibrahim Tuan Man... Ust Roslan Mohamad... Ust Ismail Kamus...

wajah2 yg ttap tguh wlupun dihadapannya terlalu bnyak rintangan...
wajah2 yg selalu bermain di fikiran...
wajah2 yg bnyak mngajar aku tentang islam...
wajah2 yg slalu mngingatkan aku tatkala aku terlupa...
wajah2 yg bnyak mngajak aku mncintai allah dan rasulnya...
wajah2 yg berjaya mngubah peribadiku...
wajah2 yg bisa mngubati lara hatiku...
wajah2 yg mnjadikan aku seorang yg berilmu...
wajah2 yg mnunjukkan aku apakah erti perjuangan islam...
wajah2 yg takkan pernah aku lupakan...
wajah2 yg selalu aku doakan...
wajah2 yg selalu mmbuatkan air mataku gugur...krn wajah2 inilah yg selalu aku rindukan...
wlupun mereka buknlah guru empat mata dgn aku....
wlupun mrk tak pernah mngenali aku...
ttapi,aku ttap mnghormati dn mnyanjung mrk sbg guru2 aku...
terlalu bnyak ilmu yg telah dicurahkan kpd aku...
apakah ada kesempatan lagi utk aku bertemu...

aku nukilkan kata2 ini dn abadikan gmbar ni sbb kelmarin..ms tgh berdoa solat isyak,ttiba tringat kat wajah2 ini...trutama skali kat dr haron din ngn ust ismail kamus. ttiba hati aku jd sebak..dn airmata aku mulai jatuh sbb rindukan mrk...sbb mmasing umur dh hampir dn sudah jejak 70thn...

dulu...,klu balik dr kapal/oversea,mst tercari2 ceramah pas....mn la tau ade salah sorang drpd 2 org ni atau ustz2 yg lain yg akan bri cramah.
srnk bila dpt tgk muka mrk2 yg berjaya mnerangi hati aku dgn cahaya islam...

pernah jgk..smbil dgr diaorang brceramah,bergenang air mata aku. pertamanya krn kata2 yg btul2 mnyentuh hati nurani....
yg kduanya sbb..entah bila aku akan bertemu dgn mrk lagi...
terlalu bnyak ilmu yg dh aku dpt drpd mrk2 ni. ratusan kuliah mrk tlah bnyak mngubah hdup aku dn pribadi aku...dn krn ilmu mrk jugalah aku dpt mmbezakan yg mn haq,dan yg mn batil...

mmg aku blum dkurniakan cahaya mata lagi...tp...stiap bby yg baru lahir...stiap anak2 kcil yg dah aku dukung..yg aku usap kepalanya...yg dh aku cium dahinya..akan aku doakan spy mnjadi ulama dn pmbela agama,pengganti bg guru2ku yg terhormat...

marilah kita sm2 meletakkan ulama2 dan ustz2 kita kat tempat yg sepatutnya. jgn biarkan mrk dihina, dicerca, diseksa dn jauh sekali dibunuh. berkata allah ddalm sbuah hadis qudsi yg bermaksud:
" barangsiapa yg mengganggu wali2Ku,nescaya aku istiharkan perang keatas mereka!"

dan...
didiklah anak2 kita....adik2 kita...ahli keluarga kita..dn mrk2 dsekeliling kita utk mngenal ulama...mencintai ulama... menghargai ulama...dan janganlh kita pinggirkan mrk seolah2 mrk tdk mngenal erti kemajuan dan kemodenan. krn islam itu tdk pernah tertinggal kebelakang melainkan kitalah yg tlah mninggalkan islam itu terbelakang....

semoga allah mmberkati..merahmati..dn meredhai kalian guru2ku..dn jg sahabat2ku....
amin.. ya robbal a'lamin....