http://www.youtube.com/user/ismailsufian

Loading...

Thursday, March 31, 2011

John juga berbicara akan kedatangan Nabi akhir zaman...

"TETAPI SANG PEMIMPIN, IAITU 'ROH KUDUS' YANG AKAN DIUTUS OLEH BAPA(ALLAH) ATAS NAMAKU, DIALAH YANG AKAN MENGAJARKAN SEGALA PERKARA KEPADAMU DAN AKAN MENGINGATKAN KAMU AKAN SEMUA YANG TELAH KUKATAKAN KEPADAMU" -JOHN 14:26

" SAUDARA-SAUDARAKU YANG TERSAYANG, JANGANLAH PERCAYA PADA SETIAP ROH. TETAPI UJILAH ROH-ROH ITU ADAKAH MEREKA DATANG DARIPADA TUHAN(ALLAH). KERANA BANYAK NABI-NABI PALSU YANG TELAH MUNCUL DI SELURUH DUNIA" - 1JOHN 4:1

" DEMIKIANLAH KITA MENGENAL ROH TUHAN(ALLAH); SETIAP ROH YANG MENGAKU, BAHAWA JESUS CHRIST TELAH DATANG SEBAGAI MANUSIA, MANUSIA ITU ADALAH ROH YANG DATANG DARIPADA TUHAN(ALLAH)" - 1JOHN 4:2

Kita mulakan pembuktian kita dengan menukarkan perkataan ROH KUDUS kepada NABI SUCI...dan perkataan ROH kepada NABI...

Jika kita menukarkan perkataan2 diatas, kita akan mendapati,JOHN juga membicarakan tentang ramalan kehadiran nabi akhir zaman...ataupun...kehadiran seorang nabi selepas Jesus... dan nabi itu adalah Muhammad S.A.W....

Perkataan "ROH KUDUS" adalah diambil daripada bahasa yg paling dekat dgn bahasa asal bible. ianya diambil daripada bahasa yunani iaitu PARACLETOS yang telah ditafsirkan dgn kata lainnya sebagai COMFORTER,PEMIMPIN ataupun PENGHIBUR. Sedangkan, didalam JOHN, kata PARACLETOS ini adalah ROH KUDUS.

Tetapi ingat! Paracletos ini juga adalah tafsiran daripada bahasa asal kepada bahasa Yunani atau Greek. Dan kata Paracletos ini kemudiannya ditafsirkan lagi sebagai comforter, pemimpin, penghibur. Tetapi, didalam JOHN ini,ia ditafsir sebagai HOLY SPIRIT...dan ditafsir lagi ke bahasa melayu yg beerti ROH KUDUS.

Dan kini, apabila kata ROH KUDUS ini ditukar kepada NABI SUCI,jika dirujuk kepada agama islam,ia adalah merujuk kepada nabi MUHAMMAD S.A.W.....

perhatikan,apa yang akan kita fahami apabila perkataan2 tersebut ditukar...


"TETAPI SANG PEMIMPIN, IAITU 'NABI SUCI' YANG AKAN DIUTUS OLEH BAPA(ALLAH) ATAS NAMAKU, DIALAH YANG AKAN MENGAJARKAN SEGALA PERKARA KEPADAMU DAN AKAN MENGINGATKAN KAMU AKAN SEMUA YANG TELAH KUKATAKAN KEPADAMU" -JOHN 14:26

" SAUDARA-SAUDARAKU YANG TERSAYANG, JANGANLAH PERCAYA PADA SETIAP NABI. TETAPI UJILAH NABI-NABI ITU ADAKAH MEREKA DATANG DARIPADA TUHAN(ALLAH). KERANA BANYAK NABI-NABI PALSU YANG TELAH MUNCUL DI SELURUH DUNIA" - 1JOHN 4:1

" DEMIKIANLAH KITA MENGENAL NABI TUHAN(ALLAH); SETIAP NABI YANG MENGAKU, BAHAWA JESUS CHRIST TELAH DATANG SEBAGAI MANUSIA, MANUSIA ITU ADALAH ROH YANG DATANG DARIPADA TUHAN(ALLAH)" - 1JOHN 4:2


Dan kemudian,kita bandingkan pula dengan kata2 mengenai JESUS didalam al quran...


Nama JESUS disebut didalam al quran, lebih dari 25 kali....dan beliau disebut sebagai...
1-JESUS IBNU MARYAM ( ISA IBNU MARYAM)
2- AS-SAALIIHIIN (ORANG YANG SOLEH)
3-KALIMATULLAH (KALIMAH ALLAH)
4- RUHULLAH (ROH ALLAH)
5- MASIHULLAH (PENGUTUS ALLAH)


Hujah bahawa akan diutuskan seorang nabi selepas jesus dikuatkan dengan ayat JOHN 14:16 iaitu " AKU AKAN MEMINTA KEPADA BAPA, DAN IA AKAN MEMBERIKAN KEPADAMU SEORANG PENOLONG YANG LAIN, YANG TAK AKAN MENINGGALKAN KAMU"

Yang boleh kita fahami sebagai... "(JESUS BERKATA) AKU AKAN MEMINTA KEPADA BAPA (ALLAH), DAN IA AKAN MEMBERIKAN KEPADAMU SEORANG PENOLONG(UTUSAN,NABI) YANG LAIN, YANG TAK AKAN MENINGGALKAN KAMU(SELAMA-LAMANYA)"

Apa pula yg kita boleh fahami daripada perkataan "YANG TAK AKAN MENINGGALKAN KAMU"?
Ia merujuk kepada rasulullah, MUHAMMAD S.A.W yg mewariskan kitab al quran dan hadis2nya, yang menjadi petunjuk dan releven sehingga akhir zaman.....

Di sini juga dapat kita simpulkan bahawa, betapa benarnya janji allah akan memelihara al quran yg buktinya sehingga hari ini, naskah asal al quran didalam bahasa arab yg masih kekal sehingga ke hari ini masih lagi tersimpan rapi.....

Bersyukurlah hendaknya kita ke hadrat ALLAH S.W.T kerana telah mngekalkan kita didalam keimanan dan agama yang benar.....



No comments:

Post a Comment